sudahlah, aq penat, penat melihat air jernih yang turun di pipi dua insan yang aq sayangi, biarkan mereka gembira, biarkan mereka tenang menghabiskan baki usia mereka yang tak seberapa, kalau tak boleh membahagiakan mereka, tak apa, tak apa, kami ada, yang selalu akan menghibur mereka,
tapi, tolonglah jangan buat mereka berduka, cukuplah sakitkan hati mereka,cukuplah.
tak usahlah bercakap dengan mereka jika tak sudi, tak usahlah tanyakan khabar mereka jika tak ikhlas,
Tp, janganlah menyesal jika suatu hari nanti mereka pergi tanpa sempat memberikan keampunan, walau sekeras manapun bibir menafi, hakikatnya tetap pasti
dialah AYAH, yang membesarkan anaknya dari kecil hingga dewasa berjaya mengenggam cita-cita tanpa sedikitpun megeluh.
dialah IBU, yang menghamilkan anaknya selama 9 bulan, yang menahan kesakitan, yang bertarung nyawa demi melihat senyuman bayinya, yang membelai anaknya dengan penuh kasih sayang, yang menjadi ubat tika anaknya terluka,
syurga itu dibawah tapak kaki ibu
sedarlah, bertaubatlah, bukan wang yang mereka mahukan, tapi kasih sayang seperti mana mereka mengasihi anaknya ketika kecil,
wahai anak ! buangkanlah ego itu !
tak guna berpelajaran tinggi !
jika tanggungjawab tidak dipenuhi !
tengs a lot !!!



Dear....inilah dugaan dalam kehidupan...tiada manusia yg hidupnya indah saja tanpa ada dugaan...sedang kan Nabi..kekasih Allah itu sendiri diuji dengan begitu hebat semasa hayatnya.....kan? semua ujian inilah yg mematangkan kita....membuat kita berfikir dan menilai....di mana kebenaran, di mana letak nya kebijaksaan.....oleh itu....jadilah manusia....yang berbakti pada ibu bapa...insyallah ....Allah pelihara hidupnya...walaupun tiada pelajaran tinggi.....kita cuba buat apa yg kita mampu....biarkan org lain dengan cara mereka....kerana setiap zarah sekali pun...telah tertulis dalam buku allah...Allah maha mengetahui....
ReplyDelete